Thursday, November 12, 2009

Pak Cik Teksi, Aku, Dia, dan LRT

~Dalam perut teksi

"Dulu ni semua kawasan lumba kuda ni. Padang tempat lumba kuda" (macam biasa, watak ini adalah pak cik teksi)
"Kat mana pak cik?" (ni aku la tanya)
"Ni, tepi-tepi ni semua la" sambil jari pakcik teksi menunjuk kawasan klcc hingga ke wisma central.
"Oooo ya ka" (aku baru tau)
"Ya la pak cik pindah KL ni masa KL ni hutan lagi ni. ni nih semua, hutan ni". semangat pak cik teksi bercakap sambil menunjukkan kawansan avenue K, bangunan yang bertentang dengan KLCC.

******************************************************************************
~Dalam perut LRT

"Ko tau tak dulu kawasan KLCC tu tempat lumba kuda, kan ada jugak unsur judi, ada orang buat pelik-pelik." (jejaka dalam tren kat sebelah aku bercakap, tapi aku tak kenal pun dia sape)
"Uih ya ka?"
"Aku ada satu story, masa tu ada la sorang perempuan ni, nak naik lif, dia sorang-sorang masa tu. Tunggu punya tunggu lif terbuka la. Disebabkan dia sorang-sorang, dia tak naik. Dia biar la lif tu tertutup. Biasa la perempuan, hehehe penakut kan.."
"Hehehe, dia nak tunggu orang datang pastu naik sekali la tu?"
"Tapi lif yang dah tertutup tadi terbuka semula. Dia biar la lagi. Then tertutp balik,lepas tu terbuka. Dia hairan la kan sebab dia tak tekan pun button lif tu. Tiba-tiba terbuka sekali lagi, lepas tu ada suara dari dalam lif tu tanya, Tak nak naik ke?"
"baik pulak orang dalam lif tu nak tunggu lama-lama. siap main tutup buka lagi"
"Manyak lor ngko punya tunggu, mana ada sapa dalam lif tu."
"Huh. Lain kali masa cerita buat la suara seram siap-siap, baru aku paham".
*******************************************************************************

~Motif entry ni untuk bertanya betul ka tapak kawasan KLCC tu tempat lumba kuda suatu masa dulu?

Kalau Takut Di Lambung Ombak

Jangan berumah di tepi pantai.

~Mode: Orang yang takut dilambung ombak.

Wednesday, November 11, 2009

Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju

Sila klik pada gambar untuk dibesarkan. Promosi berbaloi-baloi ni di Restoran Ayam Kampung Wangsa Maju. Alamat, peta lokasi, no telefon pemilik semuanya ada dalam gambar di bawah. Jangan lupa, sila klik supaya image manjadi besar dan anda mendapat maklumat yang betul serta tepat.

~Suatu malam yang sunyi, inbox aku menerima email daripada insan yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Shima. Subject email itu adalah terima kasih. Bila email dibuka, kak Shima ucapkan terima kasih sebab pernah mempromosikan restoran ayam kampung miliknya. Aku pernah buat entry berbuka puasa di restoran ayam kampung suatu masa dahulu. Aku pun offer kak Shima untuk buat satu entry bertujuan menghebahkan promosi restoran ayam kampung yang tengah berjalan sekarang nih. Tapi FOC (free of charge) saja atas dasar membantu sesama kita. Jom pi jalan-jalan cari makan kat restoran Kak Shima.

Pstt...Gossip!!Gosip!!

Nak dengar gossip x? Agak sedih tapi boleh lagi nak kongsi ni. Aku baru balik test JPJ. Aku gagal....Nak nangis ni. Thanks kepada semua yang wish good luck tadi. Tapi nak buat macam mana kan dah tak ada rezeki.

Aku lulus on the road tapi gagal parking. Aku bantai tengok tayar hingga lupakan si side mirror yang sepatutnya dalam petak juga..Sedih memang sedih. Tapi dah ok, tengah makan nasi depan pc ni.

~Nampaknya ada lagi la cerita aku dan pakcik teksi dalam blog ni.. Jangan menangis. Jom blogging.

Exam!!

Ya Solehah ada exam harini. Saat kawan-kawan baca entry ni mungkin solehah tengah menggeletar. Macam 'rama-rama dalam perut". Doakan ya kawan-kawan. Exam apa? Hmmmm..Aku baru nak ambik lesen kete..............Oh my...

Masa aku menulis entry ni adalah malam, jadi aku terbayang-bayang, macam mana la rupa pegawai JPJ yang bakal uji aku tu. Aku dah la jenis gelabah. Haihhhh...

Minta doa restu kawan-kawan jugak boleh? :)

Tuesday, November 10, 2009

Buka Mata Dalam Perut Teksi ~ Episod terakhir

Sila ikuti episod pertama di sini, Episode 2 di sini, Dan Episode 3 di sini, bagi orang yang belum tahu hujung pangkal cerita pelik ini. Jangan sedih sebab ini adalah episod terakhir.

Suara berlagak pakcik itu bertukar terketar-ketar, "Pak cik ada 2 orang anak, sorang kat Langkawi, sorang kat Australia."
"Ooo..baguih la"
"Baguih hang kata? Hang tau dak anak pakcik tu dah jadi si tanggang..si tanggang..Hang kenai si tanggang tak?" emosional suara pakcik tu meluahkan perasaan.
"Hang boleh bayangkan tak, dah 10 tahun tak balik cium tangan kami mak bapa depa. Anak apa macam tu."

Aku terdiam, betul la cakap Sharamli pakcik tu baik kan sebenanrnya, tapi mengalami tekanan saja (selingan).
"Depa dah hidup senang semua, lupa dah kat kami mak bapak depa. Hang jangan jadi lagu (macam) tu nanti. Jangan lupa mak bapak walaupun senang macam mana sekalipun."
"Insyaallah saya tak lupa. Saya sayang mak bapak saya. Tapi pak cik, nak tanya ni, awat (kenapa) depa tak balik jenguk pakcik? Maaf tanya. Hmm mungkin ada krisis ka apa."Aku bernada kasihan tanya soalan killer.

"Tak dak benda aih. Saja depa ja. Dah hidup senang. Ramai kawan. Dah lupa la depa kat mak bapak. Setakat nak main talipon, dia ingat kami orang tua ni sapa? kawan dia ka? ni mak bapak depa. Bila dia talifon , pakcik kata gitu la, ingat aku ni kawan hampa ka nak main2 telefon gitu saja, dia letak telefon tu. Lepas tu tak talifon dah."

"Pakcik pi la melawat depa". Solehah rasa cadangan dia bernas ka apa.
"Uih...simpang malaikat laaa... Bapak pulak yang nak pi melawat anak. Ada kawan pakcik kata, jangan sesekali langgar tradisi. Anak yang kena balik melawat mak bapak."Nada suara pakcik tu bergetar seperti menahan sebak semasa bercerita. Aku simpati tetapi bagi aku pak cik tu tumpas dalam menundukkan keegoan diri dia.

"Sabar la pakcik, doa ja la.."
"Betoi kata hang, mak bapak hang bertuah la dapat anak macam hang ni."
"Hang nak berenti kat depan tu kan, ni pakcik nak pesan, hang dok bandar ni jangan nak membazir la..Banyakkan menyimpan duit. Tak payah la nak ikut macam gaya hidup orang mewah sana sini. Beli baju mahai-mahai semua tu buat apa kan."

Yeahhh masa membalas dendam sudah tiba.
"Haa sebab tu la pakcik..Betoi kata pakcik. Kena banyak menyimpan. Tu saya pakai baju ala kadaq ja. Tak payah la ikut trend sebab saya tau saya tak mampu. Pakai baju kurung pun jimat pakcik sebab saya tak beli yang mahai-mahai."
"Bagus noh hang ni. Betoi la tu cara hang. Tapi jangan la pakai baju kurung ja, pakai la seluar-seluar sikit ka."
"HAhaahahahahah". sambil gelak aku chow daripada teksi pakcik tu lepas bayar tambang 7 hengget. JAlan jam, tambang teksi jadi mahal, pak cik tu pulak mcm2 yang dia bebelkan.

~Aku rasa pakcik tu mengalami masalah tekanan perasaan disebabkan anak-anak buat dia macam tu. Kalau la anak dia terbaca entry ni, balik la jenguk mak bapak anda. Mereka tengah menderita menanggung rindu kat korang. Pak cik tu bagitau dia berasal daripada Pengkalan Asam, Perlis. Sekarag tinggal di KL. Dah 30tahun menetap di KL. Ada dua orang anak, seorang lelaki, seorang perempuan. Pak cik tu dulu adalah seorang tentera. Sekarang bawak teksi.
~Walaupun gaya cakap dia yang agak lepas, aku tetap simpati dengan dia.
~Aku harap aku tak jumpa lagi pakcik tu di lain masa sebab dia kata seronok kalau aku jadi anak angkat dia. Kang dia ubah gaya dressing aku pulak. Owh no way.
~Ynag baik jadikan teladan, yang buruk itu sempadan.
~Kholas.

Buka Mata Dalam Perut Teksi ~ Part 3

Bagi yang ketinggalan mengikuti siri sebelum ini, sila baca cerita ini di part 1 dan part 2.

Kepada kak watie, sabar eh kak..
Kepada tedi, jangan terkejut ya sebab kau dah ketinggalan banyak siri..Hahaha..

Sambungan;
"HAhahahah..hihihihihihi" pakcik teksi gelak sunguh-sungguh. Dalam nada menahan gelak dia sambung, "patut la hang pakai baju kurung, kak ngan abang ustaz/ustazah rupanya..kikikiikii".
"Haaaaa...hmmmm.." aku pelik sebab pak cik tu tak habis-habis lagi cerita pasal baju kurung aku. Adeh..

Dah lama tu baru dia cakap lagi. Dah habis gelak la tu. "takpa la, sebab kita hormat abang dengan kakak kita pakai la pakaian macam tu kan?". Aku biarkan soalan pakcik tu dibawa angin, hilang begitu sahaja tanpa jawapan. Ke situ pulak. Tak ada maknanya aku nak pilih pakai baju sekian-sekian untuk sesiapa. aku meilih berdiam daripada menjawab isu yang sangat remeh tu.

"Selalu balik kampung ka?" ..pak cik tu tanya..aku yang dari tadi terasa terpaksa jawab.
"Balik la. kalau ada cuti 3 hari ka wajib la balik"
"Balik la tengok mak ayah kat kampung, depa (mereka) pun dah tua"
"Memang saya balik bila ada cuti."
"Mak ayah ni bukan apa nak jumpa hampa (korang) saja , bukan nak duit hampa pun."

Suara pak cik yang berlagak tahap cipan tadi bertukar manjadi syahdu... Bersambung lagi sebab aku nak pergi sekolah ni. Jangan marah ya, tak sempat nak mengarang ni..